Oleh Anys Syuhada
Sebak tak habis sampai sekarang. Allah kalau nak bagi, bila-bila masa Dia boleh bagi. Tapi kadang kadang, Dia nak tengok usaha dan tawakal manusia dulu. Peristiwa Maggie hilang 5 jam itu betul-betul menambah tahap keyakinan saya dengan konsep 'Usaha, Doa dan Tawakal'.
Peristiwa ini berlaku pada empat malam yang lalu dalam jam 10.30 malam, lebih kurang. Suami turun pergi beli ubat selesema untuk Muffin, Nestum dan Maggie di bawah. Ada orang tolong hantar COD (kami tinggal di kondominium di Klang).
Sebelum suami turun, suami jerit kuat-kuat.
"SAYANGG!! Tengok Nestum!"
Saya terus berlari pergi buka sikit pintu masuk rumah. Rupanya suami perasan dari luar rumah yang Nestum buat perangai 'nak terjun tingkap'. Tingkap bilik itu kami buka sikit untuk tujuan pengudaraan. Sikit besar tiga jari begitulah saiznya. Saya terus lari lintang pukang masuk ke dalam bilik khas kucing untuk selamatkan Nestum di tingkap. Seminit juga nak tarik Nestum secara perlahan-lahan di tingkap bilik itu. Nestum berjaya diselamatkan, alhamdulillah, lega. Selepas ini memang tak boleh langsung buka tingkap itu kecuali kucing-kucing ini diletakkan di ruang tamu dan tutup pintu bilik mereka.
Saya sambung buat kerja bisnes online lagi. 15 minit kemudian, suami sampai, pintu masuk rumah yang saya buka tadi rupanya tak tutup rapat. Suami bermain dengan Muffin dan Nestum sekejap, sebelum beri ubat selesema.
Tiba-tiba saya tersentak! Eh? Mana si Maggie? Hati cuak nak tanya suami. Masuk bilik perlahan-lahan cari Maggie. Dia kucing yang paling aktif antara tiga ekor kucing di rumah ini. Biasanya kalau panggil dia guna mainan bunyi-bunyi itu, mesti dia yang pertama sampai sebab dia suka main.
10 minit mencari Maggie di rumah, masih tidak kelihatan. Allah! Risau dan mula syak sesuatu. Ini mesti dah tak ada dan Maggie mesti dah keluar dari rumah tadi. Adui risau dan cemas sangat-sangat. Mulalah baca doa lembutkan hati suami dulu.
Mujur suami bertenang saja tetapi muka belacan jugalah. Takut kena marah. Beli Maggie dah nak dekat RM3,000. Itu sebab ketiga, tetapi sebab nombor 1, kurang masa main dan belai Maggie. Sebab nombor 2, kalau hilang, siapa yang jaga dia itu boleh jaga dengan baik ke? Dia tahu ke diet Maggie? Makan apa semua? Kalau orang yang ambil dia itu kejam, makan kucing ke apa? Memang cuak sangat.
Muffin dengan Nestum dalam bilik pun buat muka sedih. Rasa bersalah dengan Maggie dan Nestum. Rasa incomplete bila patutnya tiga menjadi dua ekor saja yang tinggal sekarang.
Beberapa jam sebelum Maggie hilang |
Blur, tak tahu nak buat apa. Terfikir nak print gambar Maggie dan buat iklan Kucing Hilang. Suami ajak solat hajat 2 rakaan dan baca surah Yasin dan zikir ini, 'Ya Allahu Yaa Shaahid' (Ya Allah Yang Maha Melihat). Suami pesan, baca betul-betul, yakin sepenuh hati. Allah saja yang boleh tolong. Masa itu betul-betul rasa serah diri pada Allah. Rasa kerdil sangat diri ini, tiada upaya kami ini tanpa bantuanMu ya Allah.
Macam-macam yang kami buat. Kami pergi ground flood jam 1.30 pagi, cari di Playground, jumpa pengawal keselamatan, tengok rakaman CCTV. Dua anggota Pengawal Keselamatan yang bertugas itu berbangsa India. Baik orangnya melayan kami. Agaknya tengok muka kami berdua dah 'ubi' sangat.
Menurut mereka, kalau nak tengok rakaman CCTV, kena datang office esok baru boleh tengok. Saya sempat berpesan pada mereka untuk meminta mereka menghubungi suami saya kalau ada ternampak kucing kami. Kawasan kondo kami ini memang jarang nak ada kucing. Kalau ada pun, pernah nampak seekor sahaja dulu.
Dah hampir jam 3 pagi, Maggie masih belum ditemui. Usaha terakhir, suami ajak nail balik ke blok kami menggunakan tangga sebab suami dapat rasanya yang Maggie masih berada di kawasan sekitar. Kami terus cari sambil saya main mainan kucing untuk panggil Maggie.
Dari tingkat 1, 2 hingga 5, kami cari depan rumah semua orang dan tiba-tiba tersentak! Ternampak Maggie menyorok di bawah rak kasut rumah orang, menggigil ketakutan yang melampau. Allah saja yang tahu rasa terkejut pada masa itu. Sampai meremang tengkuk dan macam-macam perasaan. Balik rumah, terus sujud syukur, turun balik sedekah sikit pada dua anggota pengawal keselamatan tadi sebab dah gembira sangat pada masa itu. Alhamdulillah.
اَللهُمَّ يَارِبِّ الضَّآلَّةِ وَيَاهَادِيًا مِنَ الضَّلاَلَةِ رُدَّ ضَآلَّتِىْ
Artinya :
Kami jumpa Maggie di bawah rak kasut rumah orang |
Sekarang kami semakin faham. Nak apa pun, Allah boleh bagi. Cuma Allah mahu kita berusaha, meminta bersungguh-sungguh, penuh berharap dari Dia. Syukur Alhamdulillah ya Allah, kau beri ujian kecil untuk beberapa jam. Penuh hikmahnya.
Selepas dari kes itu, automatik tangan semakin cekap bila masuk rumah terus tutup pintu secepat mungkin.
Untuk Cats Lover yang lain:
Memperkenalkan tiga ekor kucing ini. Maggie baka British Shorthair. Muffin dan Nestum pula DLH. Beli Nestum untuk dijodohkan dengan Muffin, tetapi apakan daya Muffin suka dekat dengan Maggie. Nestum tinggal berhuhu saja sekarang.
Selepas dari kes itu, automatik tangan semakin cekap bila masuk rumah terus tutup pintu secepat mungkin.
Untuk Cats Lover yang lain:
Memperkenalkan tiga ekor kucing ini. Maggie baka British Shorthair. Muffin dan Nestum pula DLH. Beli Nestum untuk dijodohkan dengan Muffin, tetapi apakan daya Muffin suka dekat dengan Maggie. Nestum tinggal berhuhu saja sekarang.
Muffin, 1, dan Maggie, 6 bulan |
Maggie kucing yang aktif. Langsir di belakang yang terkoyak itu, tak lain tak bukan, memang Maggie punya kerja |
Nanti korang boleh buat benda yang sama dan baca doa di bawah ini kalau ada berlaku kes barang hilang, kucing hilang. InshaAllah dengan izin Allah, bolehlah jumpa semula.
اَللهُمَّ يَارِبِّ الضَّآلَّةِ وَيَاهَادِيًا مِنَ الضَّلاَلَةِ رُدَّ ضَآلَّتِىْ
ALLOOHUMMA YA RABBADL DLOOLLATI WA YAA HAADIYAN MINADL DLOLAALATI RUDDA DLOOLLATI
Artinya :
Ya Allah Tuhan dari sesuatu yang hilang, ya Tuhan yang memberikan petunjuk dari kesesatan, kembalikanlah barangku yang hilang
.
Sama-sama ingatkan pasangan kalau berlaku kes barang hilang, jangan terus panik. Cuba amalkan doa ini dulu.