Bagaimana Nak Beli Rumah RM300K Dengan Gaji RM1,500? Amalkan 5 Tips Penting Ini

Bagaimana Nak Beli Rumah RM300K Dengan Gaji RM1,500? Amalkan 5 Tips Penting Ini

Saya mendapat inspirasi untuk menulis posting dan tips ini selepas terbaca komen dari seseorang yang berbunyi begini:

"Kata nak tolong bangsa sendiri, tetapi ilmu nak beli rumah RM300,000 dengan gaji RM1,500 pun tak nampak lagi. Share please, bagi orang lain beli rumah juga," 

Kita senyum saja.

Saja saya beri point yang ringkas seperti ini agar anda boleh fikir sendiri. Kalau taip panjang pun, bukan ramai yang mahu membaca, malah nanti dikecam pula. 

Lima point ini saling berkait. Pandai-pandailah anda padankan dengan keadaan kewangan masing-masing. Takkan semua perkara perlu diceritakan di sini? 

Gaji datang daripada kerja hakiki, pendapatan datang dari pelbagai sumber. Simpan RM1,500 dan guna pendapatan sampingan untuk tampung perbelanjaan bulanan anda. 

Ini memang teori sembang atas kertas yang indah-indah belaka. Iyalah, selagi anda sendiri yang tidak menjadikan ia sebagai realiti, memang ia akan terus menjadi teori semata-mata. 
Gaji RM1,500 tetapi kemahuan ekstrim nak beli rumah RM300,000, maka anda juga perlu berusaha dengan lebih ekstrim. Jika anda sanggup buat, anda akan berjaya memperolehinya. 


Jenuh saya fikirkan cara untuk membeli rumah harga RM300,000 dengan gaji RM1,500. Siap buat point bergambar HD lagi. Jadi, moleklah anda tekan SHARE di wall Facebook masing-masing. 

Semoga kawan-kawan anda yang memerlukan idea seperti ini akan mendapat manfaatnya. Tak dapat banyak, sedikit pun jadilah. Kalau tak faham, istighfar banyak-banyak. 

Astaghfirullahala'zim. - Harith Faisal

Ditulis semula untuk siaran di The Reporter sahaja.
Read More

'Tak Sanggup Tonton Filem Ini' - Reaksi Netizen Terhadap Filem Sunk Into The Womb, Kisah 2 Beradik Mati Kebuluran Ditinggalkan Ibu

'Tak Sanggup Tonton Filem Ini' - Reaksi Netizen Terhadap Filem Sunk Into The Womb, Kisah 2 Beradik Mati Kebuluran Ditinggalkan Ibu
(Gambar kecil) Kaede dan kakaknya, Sakurako Hagi

Sunk Into The Womb, filem adaptasi dari kisah benar ini mula muncul di newsfeed Facebook netizen di Malaysia. 

Ramai yang memberi reaksi bahawa mereka tidak sanggup menonton filem yang terlalu menyayatkan hati ini. Ada pula yang hanya menonton separuh jalan sahaja, kerana hati sudah terusik dan bimbang filem itu akan tinggalkan kesan di minda. 

Sunk Into The Womb atau tajuk asalnya Shikyu ni Shizumeru, filem arahan Takaomi Ogata pada tahun 2013, mendapat rating tinggi di laman IMDB, 8.2/10. 

Filem ini mengisahkan kehidupan seorang ibu dan dua orang anaknya yang tidak terurus selepas ditinggal oleh suaminya. 

Menurut laporan Japan Today pada tahun 2013, seorang wanita berusia 25 tahun didakwa telah membiarkan dua anak kecilnya hidup dalam rumah yang dikelilingi sampah, mengalami kebuluran sehingga mati. 

Sanae Shimomura, meninggalkan anak perempuannya, Sakurako Hagi, 3, dan Kaede, 1, dalam rumah yang dikunci di barat Osaka, sementara dia menghabiskan masa di rumah teman lelakinya. 

Sanae mula meninggalkan dua anaknya bersendirian sejak Mac 2010. Pada Jun tahun yang sama, Sanae dikatakan tidak pulang ke rumah untuk sekian lamanya. Namun, sebulan kemudian ketika Sanae pulang ke rumah, dia mendapati dua anaknya itu telah meninggal dunia. 

Laporan autopsi mendedahkan bahawa, mangsa adik beradik itu mati akibat kebuluran, bagaimanapun punca sebenar kematian tidak dapat dipastikan. 

Lapor Phunu Online, jiran yang tinggal berhampiran pernah terdengar dua beradik berkenaan menangis. Namun tidak pernah cuba untuk memasuki rumah tersebut mahupun melaporkan kejadian itu kepada polis. 

Polis menemui mayat Sakurako Hagi dan Kaede dalam keadaan tidak berpakaian, mereput dan tinggal tulang, dipercayai telah mati sebulan atau dua bulan yang lalu.

Menurut seorang jiran yang tidak didedahkan identitinya, dia telah melaporkan kejadian itu kepada pihak kebajikan sebanyak tiga kali, kerana mereka kerap menangis hampir setiap malam. 

Panggilan telefon pertama dibuat pada jam 9 pagi, 30 Mac 2010 di mana jiran terbabit memaklumkan dua kanak-kanak terbabit menjerit, "Mama! Mama!" sehingga lewat malam. 

Dua pegawai kebajikan datang melawat rumah berkenaan pada jam 3 petang pada hari laporan dibuat, jam 10 pagi keesokkan hari 1 April dan jam 6 petang pada 2 April. Namun tiada sebarang respon dari penghuni rumah berkenaan. 
Jiran itu sekali lagi menghubungi pihak kebajikan untuk kali kedua pada jam 7 pagi, 8 April. Namun apabila pegawai kebajikan datang ke rumah tersebut pada jam 2 petang dan keesokkan harinya, hasilnya masih sama, tiada respon yang diberikan. 

Laporan ketiga dibuat pada jam 5.30 pagi, 18 Mei 2010. Sekali lagi pegawai kebajikan datang melawat pada jam 3 petang. Namun hasilnya tetap sama. 

Berdasarkan garis panduan Kementerian Kebajikan di negara itu, pegawainya perlu memastikan kanak-kanak yang dilaporkan itu selamat dalam tempoh 48 setelah menerima aduan. 

Bagaimanapun, pegawai kebajikan berkenaan gagal mencari jalan masuk ke kediaman tersebut. Malah mereka juga tidak dapat menghubungi saudara mara penghuninya kerana mereka tidak tahu siapa yang tinggal di kediaman itu. Ekoran itu, tiada sebarang laporan polis yang dibuat. 

Menurut kenyataan media pihak berkenaan, situasi pada ketika itu tidak menampakkan kes tersebut penting kerana tiada sebarang jeritn meminta tolong dan tiada laporan kanak-kanak didera. Malah, pegawai berkenaan tidak menyoalsiasat jiran-jiran berhampiran kerana bimbang ia akan mengeruhkan hubungan kedua-dua pihak. 

Menurut pengadu, kanak-kanak malang itu sudah berhenti menangis sudah hampir sebulan sebelum jiran sebelah rumah mangsa terhidu bau busuk yang datang dari rumah mereka pada bulan Julai. 

Beberapa pakar berpendapat, jika pegawai kebajikan bertindak pantas, nyawa kedua-dua mangsa mungkin dapat diselamatkan. Di bawah undang-undang, pihak kebajikan boleh mendapatkan waran untuk memasuk rumah tanpa memerlukan keizinan pemiliknya bagi melindungi kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan. 

Ekoran kejadian itu, Sanae Shimomura ditahan pada lewat Jun 2010 selepas rakannya yang dihubungi oleh penjaga pangsapuri berkenaan berhubung penemuan mayat dua beradik itu. Sanae didakwa atas tuduhan sengaja meninggalkan dua anaknya tanpa sebarang makanan sehingga kedua-dua mangsa mati kebuluran. 

Ketika ditahan, Sanae berkata, "Saya ingatkan mereka akan mati selepas ditinggalkan selama seminggu. Saya tak rasa saya sepatutnya pulang ke rumah untuk menyelamatkan mereka," katanya. 

Ekoran itu, Sanae dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun. 

Tontonlah filem ini jika anda mempunyai kekuatan untuk menontonnya. Jika sebaliknya, abaikan saja. - The Reporter
Read More

(Video)'Kembang tekak, putus selera tengok'

(Video)'Kembang tekak, putus selera tengok'

KUALA LUMPUR - Video yang dimuat naik oleh Iky itu viral di media sosial menunjukkan seorang pekerja sebuah restoran mamak sedang menguli tepung tanpa memakai sarung tangan, topi dan jelas sekali telah melanggar peraturan pengendalian makanan.

Rakaman yang dipercayai di rakam di sebuah restoran 24 jam di kawasan Cheras itu menimbulkan rasa kurang senang netizen yang rata-ratanya kembang tekak setelah menonton video tersebut.

"Baru lepas order roti bom dengan roti canai. Bawa keluarga minum petang. Putus selera tengok. Boleh kot uli di tempat tertutup atau beli mesin uli.

"Sampai lengan nuhhh, siap tarik lap peluh bagai. Hangpa tengoklah sendiri. Telan air liur tak tahu nak makan ke tak," demikian tulis Iky Faiereyl di laman Facebooknya.


Dalam rakaman video berkenaan, pekerja terbabit dilihat sempat mengelap peluh di dahinya sebelum menyambung semula kerja-kerja menguli tepung yang dipercayai untuk membuat menu utama di restoran berkenaan.

Selain itu, sisa-sisa tepung yang melekat di kedua-dua belah lengannya juga turut di gosok dan diuli semula bagi mengelakkan pembaziran. - The Reporter
Read More

Jangan lap dapur gas kaca dengan kain basah ketika masih panas

Jangan lap dapur gas kaca dengan kain basah ketika masih panas
Foto - Maz Nita
SEPANG - Laman group Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) hangat dengan perbincangan mengenai dapur gas kaca seorang ahlinya, retak dan berkecai, bagaimanapun tidak dinyatakan punca keretakan tersebut. 

Bagaimanapun, beberapa ahli MAHN berkongsi pengalaman masing-masing yang juga pernah terkena situasi yang sama yang difahamkan berpunca dari beberapa kecuaian penggunanya sendiri. 

"Semasa dapur gas kaca seperti ini sedang panas, usahlah dilap dengan kain yang basah walaupun kuah atau air tertumpah sekali pun. Kena tunggu sejuk dulu, baru boleh dilap. Tak kira apa jenama terkemuka, itulah tipsnya," kata Nurul Atiqah.

"Biarlah orang nak kata awak pengotor ke, pemalas ke dan dah masak tak reti lap dapur. Orang tak faham, kita nak menjaga keselamatan.

"Selain itu, orang ramai perlu tahu bahawa dapur gas kaca seperti ini tidak mampu menahan berat yang melampau kerana kebanyakan penggunaannya 'ditanam' dalam kabinet dan berat dapur gas disokong oleh kaca itu sendiri. 
"Senang cerita, jika ahli keluarga ramai, gunakan dapur gas yang klasik untuk keselamatan," kata Cik Bunga. 

Foto - Dzuliani Nanie
"Dapur kaca ini khas untuk yang built in, yang table topnya dipotong bentuk empat segi untuk memuatkan dapur gas kaca agar ada pengudaraan di bawahnya. 

"Bukannya diletakkan di atas table top seperti dapur gas biasa sebab tak ada pengudaraan di sebelah bawahnya. Jadi, bahang panas tidak dapat keluar atau dihalang table top akan mengakibatkan kaca itu panas dan retak," kata Siti Noraida Johari.

Para pengguna khususnya golongan wanita terlebih dahulu membaca manual prosedur penggunaan dapur gas kaca yang disertakan, agar kejadian atau kemalangan yang tidak diingini dapat dielakkan. - The Reporter
Read More

'Saya percaya dia balik lambat kerana overtime, rupanya overtime zina dengan officemate'

'Saya percaya dia balik lambat kerana overtime, rupanya overtime zina dengan officemate'


Salam admin, semoga kisah ini memberi ibrah buat semua. Terima kasih daun keladi.

ASALKAN KAU BAHAGIA

Saya amat mencintai suami saya, meskipun dia bukan cinta yang pertama. Awal pernikahan, segalanya indah. Dia menjanjikan bulan dan bintang. Setia sampai ke akhir hayat. Saya amat percaya dan demi Allah saya amat mencintainya. Justeru, Dia menguji saya dengan kecurangan suami. Allahuakbar.

Dalam tempoh saya menjadi kekasih halalnya, dia turut mempunyai kekasih gelap di luar sana iaitu officematenya sendiri. 

Suatu hari, suami terlelap dan terlupa padamkan handphonenya. Handphone pula asyik bergetar. Entah berapa kerap, membuatkan hati tergerak nak tengok sebab dada ini tiba-tiba terasa berdebar-debar. 

WhatsApp dari seorang perempuan. Tapi nama yang disimpan adalah nama lelaki! Mustahil lelaki ajak hisap 'barang atas bawah dia'. Saya skrol ke bawah semua WhatsApp dari perempuan itu dan suami. Gambar bogel mereka, gambar zina mereka, voice message semasa mereka berzina. 

Allahuakbar, hancur lulu hati sampai terduduk saya dibuatnya. Saya tak sangka suami yang saya percaya, iblis rupa-rupanya. Dia sudah terlalu jauh tersasar, terlalu enak mengusung dosa besar. Zina sudah menjadi kewajipan bagi mereka berdua dan dosa mereka ini sudah berlarutan sejak setahun lalu, ketika saya baru bergelar isteri!

Saya akui saya bukan isteri yang gemar mencari kesalahan suami. Saya percaya jika suami berbuat salah, pasti Allah akan gerakkan hati ini untuk tahu. Itulah naluri. 

Selama ini saya tumpahkan sepenuh percaya. Saya percaya dia balik lambat kerana overtime. Tetapi rupa-rupanya overtime zina! Mulai saat itu, saya tetap berlagak biasa dan suami pun terus dengan lakonannya yang paling hebat untuk abad ini. Memang layak mendapat Grammy Award. 

Sehinggalah suatu hari, saya mengajak empat orang kawan baik saya ke pejabat suami. Dua lelaki dan dua perempuan. Saya pergi tanpa pengetahuan suami. Sampai sahaja di pejabatnya, saya terus bertanya nama perempuan itu. Saya tunjukkan juga gambarnya yang dikirim kepada suami saya bagi kepastian agar saya tidak tersilap orang. 

Akhirnya kami bertemu empat mata. Saya lihat ekspressi terkejut pada wajahnya yang bermake up tebal itu. Dia kenal ke saya? Hah, mungkin. Kecut perut dah agaknya. 

Tanpa banyak bicara, saya tarik tangan dia. Terpinga-pinga dia. Staf yang lain kiri kanan tertoleh-toleh kehairanan. Terus saya bawa perempuan itu ke meja suami saya sambil diekori kawan-kawan saya dan staf yang lain. Segala persoalan perempuan itu saya tak jawab, saya pekakkan teliga. 

Di hadapan meja suami, dengan tenang sambil disaksikan semua orang, saya berkata,

"Saya pinangkan kekasih abang ini untuk abang supaya kalian tidak terus terjerumus ke kancah zina."

Suami saya terketar-ketar, sekejap saja dia menangis dan melutut di depan saya. 

"Maafkan abang, sayang. Abang salah," rayunya. 

"Apa salah saya? Apa kurang saya? Apa dosa saya sampai abang tergamak menipu dan curang pada saya?" soal saya. 

"Sayang dah cukup sempurna," jawabnya. 

"Tipu! Kalau saya ini sudah cukup sempurna, mengapa abang curang?" 

"Abang mengaku salah..." katanya. 

"Setakat bercinta mungkin saya boleh terima. Tetapi kalian hanya kurang akad dan nikah sahaja. Selebihnya kalian sudah bergaul macam suami isteri. Terus terang, saya jijik!" 

Hati saya sudah amat terluka ini takkan mungkin dapat dipujuk lagi. Lebih-lebih lagi dengan pengkhianatan sebesar itu. Berzina kot? Bukan sekali tetapi berkali-kali. Yang haram dipuaskan, yang halal ditipu. 

"Izinkan saya pulang ke rumah mak ayah saya dan selamat pengantin baru." 

Air mata saya jatuh saat berlalu pergi. Saya sempat mengucup tangannya. Dia takkan tahu betapa sakitnya hati yang dilukai, betapa seksanya cinta yang dikhianati. 

Setahun sudah berlalu dan saya kini bahagia, lebih bahagia berbanding sebelumnya. Ada rahsia dan hikmah mengapa Dia tidak memberikan saya zuriat. Saya kini sedang menyambung pengajian dalam PhD. Alhamdulillah. 

Status saya? Ya, saya janda dan bekas suami kini meroyan dan mahu kembali pada saya. Benar saya amat mencintainya, mengasihinya tetapi itu dulu. 

Maaf, bekas suamiku. Saya harap awak tahu yang saya takkan jilat ludah saya semula. Berbahagialah dengan perempuan pilihan awak itu. 

Nota: Apakah susah untuk setia? Orang yang curang adalah orang yang kufur nikmat kerana tak tahu bersyukur. Apatah lagi untuk menghargai. Amanah yang diberi, disia-siakan. Yang haram dibangga-banggakan. Yang halal tidak diendahkan. Itulah bakal penghuni neraka.
Read More

Pukul anak tiri sampai mati kerana isteri enggan bantu bersihkan najis yang terkena pada badan

Pukul anak tiri sampai mati kerana isteri enggan bantu bersihkan najis yang terkena pada badan


KALIMANTAN, INDONESIA - Tergamak seorang ibu bersubahat dengan suami yang juga bapa tiri kepada anak perempuannya, membunuh mangsa yang baru berusia 3 tahun, lapor Bontang Prokal.

Dalam kejadian jam 7 petang, 29 April lalu di Bontang, Fardi Sali, 20 bersama isterinya, Reni Candra Anita, 20, dan anak tirinya, Navita, 3, dalam perjalanan ke Kutai Barat dengan menaiki lori. 

Ketika dalam perjalanan, suspek telah memberhentikan lorinya di Kota Bangun untuk berehat. Navita yang tidur di atas perutnya bagaimanapun terbuang air besar sehingga mengenai perutnya, lalu meminta isterinya membersihkan Navita dan perutnya. Malangnya Reni Anita hanya membersihkan anaknya dan enggan membersihkan perut suaminya. 

Berang dengan insiden itu, suspek kemudian memukul kepala Navita sebanyak tiga kali dan terkena pada tengkuk menyebabkan mangsa pengsan.

Panik melihat mangsa tidak sedarkan diri, pasangan itu cuba membangunkan mangsa dengan menyiram air dan memberi minyak kayu putih di hidungnya, mangsa mangsa sedar semula dan mereka kembali meneruskan perjalanan. 

Di perhentian yang kedua, mereka berhenti sekali lagi untuk berehat dan ketika itu mangsa terkencing pula di seluar bapa tirinya itu. Dan sekali lagi wanita itu enggan membersihkannya menyebabkan suspek marah dan keluar dari lori. Dalam keadaan marah-marah sambil membawa mangsa lalu dipukul dan dilempar ke lori sehingga melambung ke ata menyebabkan mangsa pengsan kali kedua. 

Dalam perjalanan ke Samarinda, mereka mendapati mangsa sudah tidak bernyawa. Sampai saja di Samarinda pada waktu subuh, pasangan itu singgah di kedai untuk membeli kain kafan dan cangkul dan terus pergi ke Gunung Menangis. Mayat mangsa dibungkus dengan kain tersebut dan dikubur di tengah-tengah hutan. 

Apabila tiba di Bontang, pasangan itu menceritakan kepada penjual bakso bahawa anak mereka sudah meninggal dunia kerana menjadi mangsa kemalangan langgar lari dan sudah dikebumikan.

Mendengar perkhabaran itu dan berasa curiga dengan cerita pasangan itu, penjual bakso berkenaan terus melaporkan perkara itu kepada ketua kampung sebelum mereka berdua diserahkan kepada pihak Polis Bontang Selatan untuk siasatan.

Setelah disiasat, si isteri mengaku dan menceritakan kejadian sebenar yang anaknya meninggal selepas dipukul suaminya.

1 Mei 2017, Isnin, berdasarkan maklumat dari Reni Anita, polis terus pergi ke lokasi mayat mangsa ditanam dan melakukan penggalian semula. Setelah digali, polis menemui mayat mangsa yang penuh dengan luka dan lebam di seluruh badan bermula dari kaki hingga ke muka. 

"Matanya bengkak, tangan kanan patah, mulut mengeluarkan darah bercampur cecair. Sementara itu di tangan, badan dan kedua-dua lutunya mengalami bengkak sehingga berwarna biru," kata sumber polis. 

Mayat mangsa telah dihantar ke hospital untuk dibedah siasat bagi memastikan punca sebenar kematian mangsa sama ada kerana dipukul atau dikubur dalam keadaan masih hidup. 

Sementara itu, si isteri hanya terdiam dan tidak mampu berbuat apa-apa serta memberikan alasan dia takut kerana diancam suaminya yang juga meminta dia menceritakan kepada orang kononnya mangsa dilanggar lari. 

                      

Pada 2 Mei, Reni sempat memuat naik status memaklumkan anak perempuannya itu sudah meninggal dunia di Facebook. 
Ketika ditahan dan disiasat, Fardi langsung tidak menunjukkan raut wajah sedih atau menyesal dengan perbuatannya itu. Fardi mengaku dia tidak berniat membunuh anak tirinya itu tetapi kerana disebabkan cemburu dan isteri juga sering melawannya kerana anaknya, serta sering terbayangkan bapa kandungnya bilamana melihat Navita menyebabkan dia bertindak sedemikian.


Fardi Sali dan isterinya, Reni Candra Anita
Fardi juga mengaku dia seringkali dipukul oleh bapanya ketika kecil dan kejadian itu membuatkan dia mengulangi perbuatan bapanya itu kepada anak tirinya. 

Sebelum Navita meninggal, Fardi berkata dia kerap bermimpi Navita akan meninggalkannya dengan mengucapkan selamat tinggal. - The Reporter
Read More